Minggu pertama ini, saya masih belum masuk
mengajar kerana terlibat dengan tugasan MOS (Minggu Orentasi Sekolah)
yang diarahkan pensyarah. Biarpun masih belum mengajar di dalam kelas,
Teknik Nabi Muhammad tetap dapat diaplikasi di luar kelas.
Pagi tadi ketika mahu mencari kelas tahun 6, saya sempat mengaplikasi Teknik Tidak Menegur Kesalahan dan Teknik Pujian Gaya Nabi Muhammad bersama beberapa orang pelajar.
Sekolah tempat saya menjalani latihan adalah sebuah sekolah yang besar.
Setiap darjah (daripada tahun 1-6) mempunyai 10 buah kelas dan
mempunyai bangunan sendiri. Memandangkan kawasan sekolah agak besar dan
semua guru terlibat dengan program PMD (Program Maju Diri), banyak
perkara hari ini harus kami usaha dan selesaikan sendiri.
Ketika mencari kelas tahun 6, rakan saya bertanya kepada salah seorang
pelajar yang berkumpul bersama rakan-rakannya di hadapan tandas;
"Abang...abang, bangunan ini semua kelas darjah 6 kah?"
Pelajar yang dimaksudkan memandang rakan saya tersebut kemudian
buat-buat tidak dengar. Barangkali juga kerana rakan saya tersebut tidak
mempunyai 'nametag' guru, pelajar tersebut sengaja tidak mahu
melayaninya.
"Abang..abang, abang baju 'purple', ini bangunan
darjah 6 kah?" Rakan saya bertanya lagi. Pelajar tersebut masih
buat-buat tidak dengar. Malah, sedikit pun dia tidak mengendahkan
kehadiran kami.
Kerana kasihankan rakan tersebut, saya lalu
berjalan lebih dekat menghampiri kumpulan pelajar yang sedang berada di
hadapan tandas. Saya tidak memarahi pelajar tersebut dengan berkata;
"Hei, awak tak dengarkah cikgu tanya tadi?" (Salah)
"Awak ini kenapa, cikgu panggil banyak kali siap sebut baju awak warna 'purple', takkan awak tak perasan?" (Salah)
"Awak ini, kecil-kecil sudah pandai tidak hormat cikgu." (Salah)
Sebaliknya, saya sentuh bahu seorang pelajar lain yang ada berdekatan
dengan pelajar berseragam 'purple' tersebut. Saya lihat 'tag' nama yang
terlekat di bajunya, kemudian saya berkata,
"Muhammad, cikgu mahu bertanya. Ini semua bangunan untuk kelas darjah 6 kah?"
"Ya, cikgu. Ini semua bangunan kelas darjah 6." Jawab pelajar tersebut.
Sebaik mendengar respon daripada pelajar tersebut, saya segera
memujinya, "Wah, bagus! Kamu mahu jawab soalan cikgu. Tentu orang akan
suka berkawan dengan kamu. Kamu juga akan mudah belajar kerana mendengar
cakap seorang guru."
Pelajar tersebut tersenyum mendengar pujian saya. Kemudian saya bertanya lagi, "Ada berapa buah kelas untuk darjah 6?"
"Ada 10 cikgu." Pelajar tersebut membalas lagi.
"Ada 10. Wah, banyaknya!"
"Kamu darjah berapa?"
"Darjah 6 , cikgu."
"Oh, darjah 6. Terima kasih kerana menjawab semua soalan cikgu. Kamu telah memudahkan kerja cikgu. Allah pasti akan beri pahala buat kamu." Saya menyambung lagi, kemudian beredar meninggalkan tempat tersebut.
"Kamu darjah berapa?"
"Darjah 6 , cikgu."
"Oh, darjah 6. Terima kasih kerana menjawab semua soalan cikgu. Kamu telah memudahkan kerja cikgu. Allah pasti akan beri pahala buat kamu." Saya menyambung lagi, kemudian beredar meninggalkan tempat tersebut.
Selepas mendengar kata-kata saya, pelajar tersebut
segera berkata kepada rakannya yang buat-buat tidak dengar soalan rakan
saya tadi, "Itulah engkau, lain kali orang tanya jawab. Apalah!"
Hadith rujukan; Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, “Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa’asila.” Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, “Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?” Lelaki itu menjawab, “Saya, ya Rasul Allah.” Lalu Nabi Muhammad berkata, “Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu.” Dalam laporannya, Ibnu Umar berkata, “Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu.” –Rekod Hadith Muslim
Alhamdulillah :)
ReplyDeleteHarus dipraktikkan kepada bakal2 pelajar saya nanti
ReplyDeletesaya sdg cuba praktikkan pada anak2 dahulu ..jadi mcm formal bila bercakap dgn kaedah ini..mmg brkesan.Trm kasih ustazh
ReplyDeleteSaya akan cuba, tapi kadang-kadang, terpacul juga...
ReplyDelete