Beberapa hari sebelum peperiksaan pertengahan
tahun berlangsung, berlaku dua pergaduhan di kalangan pelajar 5 Ali dan 5 Omar.
Untuk entri kali ini, saya kongsikan dahulu aplikasi Teknik Nabi Muhammad
menyelesaikan pergaduhan yang berlaku kepada dua pelajar 5 Ali yang bernama
Abang Ngah dan Angah 2.
Seperti biasa sebelum memulakan P&P di
dalam kelas 5 Ali, akan ada beberapa orang pelajar meminta izin untuk turun ke
surau bagi menunaikan solat Zohor. Oleh kerana sudah sedia maklum akan perkara
ini, saya sering masuk ke dalam kelas lebih awal daripada waktu mengajar yang sepatutnya.
Pada hari itu, saya masuk ke dalam kelas 5
Ali lima belas minit lebih awal. Saya duduk di meja guru sambil memerhatikan
kebersihan kelas dan pelajar-pelajar 5 Ali yang baru tiba di dalam kelas dengan
menyandang beg sekolah masing-masing.
“Ustazah, saya belum solat Zohor. Saya nak turun solat di surau boleh?” Tanya Abang Ngah kepada saya.
Saya hanya menganggukkan kepala. Tidak lama
selepas itu, datang lagi empat lima orang pelajar ke meja guru meminta
kebenaran melakukan perkara yang sama seperti Abang Ngah. Mereka turun ke surau
sekolah yang terletak di bangunan seberang jalan bagi menunaikan solat Zohor.
Setelah berlalu beberapa waktu, Abang Ngah
muncul kembali dengan wajah mencuka dan kelihatan marah. Tanpa ucapan salam sebelum masuk ke dalam kelas, dia langsung duduk di mejanya
sambil menahan nafas yang tercungap-cungap. Saya yang sedang berbual dengan pelajar-pelajar
5 Ali di dalam kelas memandang Abang Ngah dengan pandangan yang berisi tanda
tanya. Namun tidak pula saya bertanya apakah yang sebenarnya berlaku kerana mengikut
Teknik Nabi Muhammad yang tidak menyiasat kesalahan. Saya hanya memerhatikan tingkah laku Abang Ngah daripada jauh.
Dia kemudian memangku kepala dengan kedua
tangannya. Bahunya tiba-tiba terenjut-enjut. Menurut saya, barangkali dia menangis. Tepat tekaan
saya. Abang Ngah benar-benar menangis.
“Ustazah, Abang Ngah menangis. Tadi, dia
dengan Angah 2 bergaduh di surau.” Aiman dan beberapa orang pelajar yang baru
naik dari surau datang ke meja saya memberitahu.
Ketika itu, semua pelajar yang mendapat
kebenaran menunaikan solat Zohor telah kembali berdiri di tempat masing-masing.
Saya mencari kelibat Angah 2. Dia juga telah berdiri di tempatnya. Riak
wajahnya tidak menampakkan sebarang tanda-tanda muram, tidak berpuas hati
apalagi marah. Angah 2 yang kecil molek di dalam kelas 5 Ali itu memang
terkenal dengan senyum manisnya. Dia sering tersenyum setiap kali saya atau siapa sahaja memandang ke arahnya atau menghampiri tempat duduknya.
“Dhirul, sudahlah. Engkau yang mula dulukan.
Sabar sahajalah. Ikut apa yang ustazah selalu pesan.” Aiman cuba meredakan tangisan Abang Ngah sambil menepuk-nepuk bahunya yang masih terenjut-enjut. Abang Ngah tiba- tiba berdiri sambil
menangis dan dengan wajah tidak berpuas hati dia memandang Angah 2 yang sedang berdiri
dalam senyuman melihat saya. Dia tiba-tiba bertindak diluar jangka. Abang Ngah
cuba menghampiri Angah 2 dengan menggenggam penumbuk. Syukurlah Aiman segera
menariknya sebelum dia benar-benar dekat dengan kedudukan Angah 2.
“Mana ada, kau yang mula dulu.” Abang Ngah tidak
puas hati. Dia cuba melepaskan diri daripada tangan Aiman sambil menghambur
marahnya kepada Angah 2. Angah 2 yang pada mulanya biasa-biasa sahaja
dengan senyumannya tiba-tiba menangis.
“Mana ada. Dia yang kacau kami ambil
wuduk ustazah.” Senyum di wajahnya hilang. Kali ini, air matanya menjujuh di
pipi. Dia sedikit pun tidak bergerak dari tempat duduknya untuk membalas
perbuatan Abang Ngah yang masih mahu menyerangnya. Tenang sekali tuturnya
biarpun ada esak tangis yang sesekali menggangu kelancaran tutur katanya.
Abang Ngah bertindak di luar kawal sekali lagi.
Dia masih berusaha mahu melepaskan diri daripada pegangan Aiman untuk menuju ke
meja Angah 2. “Kaulah yang mula dulu. Engkau buat. Engkau tuduh aku pula.”
Melihatkan keadaan yang makin tegang, dan
tidak sanggup membayangkan Angah 2 yang bertubuh kecil molek itu diapa-apakan
Abang Ngah, saya menghampiri kedua-dua pelajar tersebut. Ya, berada di
tengah-tengah untuk tidak berat sebelah menghukum apalagi memilih untuk memenangkan salah seorang daripada kedua-duanya.
Oleh kerana saya tidak tahu apa yang berlaku
dan Teknik Nabi Muhammad juga tidak mengajar menyiasat kesalahan, saya mendiam
diri. Sebaik melihat Abang Ngah terlepas daripada pegangan tangan Aiman, saya segera
memegang baju sekolah Abang Ngah dan memaut tangannya di bahagian siku. Kemas dan kejap. Saya turut
melakukan perkara yang sama kepada Angah 2 (semoga tidak berlaku salah faham di
sini. Saya melakukan perkara ini kerana mereka masih anak-anak dan belum cukup
umur.)
Saya cuba mengaplikasi Teknik Menyelesaikan
Pergaduhan berdasarkan hadith Menjaga Perpaduan dalam Barisan Kepimpinan.
Abdullah
bin Abi Aufa melaporkan bahawa Abdul Rahman bin Auf pernah mengadu kepada Nabi
Muhammad tentang Khalid al-Walid. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Khalid,
"Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota
tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung
Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya." Khalid
al-Walid pun berkata, "Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan
yang dimaksudkan adalah mereka." Nabi Muhammad berkata, "Janganlah
menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah
'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir."
- Hadith ini direkodkan dalam koleksi
hadith-hadith autentik Ibn Hibban. ~Kredit Blog Tim Hadith Psikologi
Dalam hadith ini, Nabi Muhammad
menggunakan beberapa strategi bagi menyelesaikan pergaduhan yang berlaku di
antara Abdul Rahman bin Auf dan Khalid al-Walid. Strategi tersebut ialah;
1. Mengalihkan pandangan kedua-dua
pihak yang bermusuhan itu daripada melihat kelemahan dan kesalahan musuhnya
kepada melihat kehebatan dan kemuliaan musuh.
Ini dilakukan supaya perasaan benci-membenci dialihkan kepada perasaan saling
hormat-menghormati dan kagum-mengagumi.
Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad
memberitahu kehebatan dan kemuliaan Khalid al-Walid kepada Abdul Rahman bin
Auf, dan menerangkan kehebatan dan kemuliaan Abdul Rahman bin Auf kepada Khalid
al-Walid.
Kepada Khalid al-Walid Nabi Muhammad
berkata: "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi
anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar
Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya."
Kepada Abdul Rahman bin Auf Nabi
Muhammad berkata: "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah
pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia
bagi memerangi orang-orang kafir."
2. Menukar perasaan sakit hati dan
benci terhadap musuhnya kepada perasaan menghormati, memuliakan dan mengagumi
musuhnya.
Dalam peristiwa di atas, Nabi
Muhammad sama sekali tidak bertanya tentang apa yang sebenarnya telah berlaku
sehingga menyebabkan 2 orang tokoh itu sakit hati dan berkonflik. Sebaliknya
beliau menerangkan kehebatan masing-masing. Teknik yang beliau gunakan adalah
menggantikan perasaan sakit hati kepada perasaan suka dan puas hati hasil
menerima pujian daripada pucuk pimpinan.
3. Memperkenalkan peraturan interaksi
sosial yang dikenakan ke atas kedua-dua belah pihak.
Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad
memberitahu Abdul Rahman bin Auf supaya tidak menyakiti Khalid dal-Walid, dan
memberitahu Khalid al-Walid supaya tidak menyakiti Abdul Rahman bin Auf.
Abang Ngah diam. Perlahan-lahan,
saya nampak dia angguk kepala. Kemudian, saya mengulang kata-kata yang hampir
sama kepada Angah 2 pula.
“Angah, ustazah juga tahu kamu sayang
ustazah dan kelas 5 Ali ini. Kamu tidak boleh bergaduh dengan Angah 2 kerana
dia juga merupakan pelajar 5 Ali dan dia juga adalah anak murid ustazah. Abang Ngah
selalu membantu ustazah mengawal kelas dan mengangkat barang-barang guru yang
mengajar kamu. Jasanya juga amat besar kepada ustazah-ustazah yang mengajar
kamu dan kelas 5 Ali ini. Sekiranya kamu
membersihkan kelas hari-hari, belum tentu kamu dapat menandingi kebaikan yang
Abang Ngah telah lakukan.”
Saya bertindak berdasarkan tiga strategi yang terdapat di dalam hadith ini.
1. Mengalihkan pandangan kedua-dua pihak yang bermusuhan itu daripada melihat kelemahan dan kesalahan musuhnya kepada melihat kehebatan dan kemuliaan musuh. Ini dilakukan supaya perasaan benci-membenci dialihkan kepada perasaan saling hormat-menghormati dan kagum-mengagumi.
1. Mengalihkan pandangan kedua-dua pihak yang bermusuhan itu daripada melihat kelemahan dan kesalahan musuhnya kepada melihat kehebatan dan kemuliaan musuh. Ini dilakukan supaya perasaan benci-membenci dialihkan kepada perasaan saling hormat-menghormati dan kagum-mengagumi.
Dalam pergaduhan ini, saya memberitahu kebaikan dan jasa Angah 2 kapada Abang Ngah, dan kebaikan dan jasa Abang Ngah kepada Angah 2.
Kepada Abang Ngah saya berkata, "Dia selalu membantu ustazah memastikan buku-buku pelajar di dalam kelas ini sudah berada di atas meja setiap kali pelajaran mahu dimulakan. Jasanya sangat besar untuk kemajuan akademik semua pelajar kelas 5 Ali ini. Kamu tidak mungkin dapat melakukan apa yang telah Angah 2 buat untuk memudahkan pelajaran.”
Kepada Angah 2 saya berkata, "Abang Ngah selalu membantu ustazah mengawal kelas dan mengangkat barang-barang guru yang mengajar kamu. Jasanya juga amat besar kepada ustazah-ustazah yang mengajar kamu dan kelas 5 Ali ini. Sekiranya kamu membersihkan kelas belum tentu kamu dapat menandingi kebaikan yang Abang Ngah telah lakukan.”
2. Menukar perasaan sakit hati dan benci terhadap musuhnya kepada perasaan menghormati, memuliakan dan mengangumi musuhnya.
Dalam pergaduhan di kelas 5 Ali, saya sama sekali tidak bertanya tentang apa yang sebenarnya telah berlaku sehingga menyebabkan dua pelajar itu bergaduh. Sebaliknya saya menerangkan kebaikan masing-masing. Teknik yang saya gunakan adalah menggantikan perasaan sakit hati kepada perasaan suka dan puas hati hasil menerima pujian daripada orang besar (vip) iaitu ustazah mereka.
3. Memperkenalkan peraturan interaksi sosial yang dikenakan ke atas kedua-dua belah pihak.
2. Menukar perasaan sakit hati dan benci terhadap musuhnya kepada perasaan menghormati, memuliakan dan mengangumi musuhnya.
Dalam pergaduhan di kelas 5 Ali, saya sama sekali tidak bertanya tentang apa yang sebenarnya telah berlaku sehingga menyebabkan dua pelajar itu bergaduh. Sebaliknya saya menerangkan kebaikan masing-masing. Teknik yang saya gunakan adalah menggantikan perasaan sakit hati kepada perasaan suka dan puas hati hasil menerima pujian daripada orang besar (vip) iaitu ustazah mereka.
3. Memperkenalkan peraturan interaksi sosial yang dikenakan ke atas kedua-dua belah pihak.
Dalam pergaduhan di kelas 5 Ali, saya memberitahu Abang Ngah supaya tidak bergaduh dengan Angah 2, dan memberitahu Angah 2 supaya tidak bergaduh dengan Abang Ngah. Tindakan saya yang melarang mereka bergaduh itu adalah strategi atau prinsip memperkenalkan peraturan interaksi sosial.
Kedua-dua mereka diam mendengar
kata-kata saya. Selepas itu, saya menyambung kembali dengan berkata, “Kamu
bedua adalah orang yang amat berjasa di dalam kelas 5 Ali ini. Saling
bermaafanlah untuk terus belajar di dalam kelas yang ceria seperti selalu. Sesungguhnya,
orang yang meminta maaf dan memberi maaf adalah orang yang terpuji dan amat
disukai di dalam Islam.”
Angah 2 menghulurkan tangannya kepada
Abang Ngah. Saya memuji perbuatannya, “Ustazah kagum dengan sikap kamu yang
sanggup mendahului dalam meminta maaf. Sungguh kamu telah melakukan dua
kebaikan. Pertama, mengakui kesalahan, dan kedua, menjadi orang pertama dalam
meminta maaf. Kamu akan disenangi rakan-rakan kerana sikap mulia ini.”
Mendengar kata-kata saya, Abang Ngah
menyambut huluran tangan Angah 2 dengan berkata, “Aku pun minta maaf.”
Mereka berpelukan. Selepas itu,
P&P dapat dijalankan seperti biasa. Abang Ngah dan Angah 2 tidak kelihatan
seperti selepas bergaduh sepanjang hari itu. Paling mengkagumkan, Abang Ngah dan Angah 2 boleh
bekerjasama di dalam kumpulan sepanjang pelajaran berlangsung. Pergaduhan hari itu selesai tanpa perlu saya menyiasat punca mereka bergaduh, menegur, mengkritik atau memarahi perbuatan mereka yang begaduh dan menghukum mana-mana pelajar atas kesalahan bergaduh.
Cukup dengan memberikan penyelesaian, semuanya kembali kepada sedia kala. Syukur pada Allah.
Abang Ngah. Angah 2 tersenyum memandang dari tempat duduknya di belakang
Angah 2 yang sentiasa murah dengan senyuman.
Ustazah Siti Khadijah

