Teknik Nabi : Bagaimana Ia Bermula?

TEKNIK NABI : BAGAIMANA IA BERMULA...


Bagaimana Ia Bermula?



Pada tahun 2010, Tuan Mohd Yusry Yusopp, yang dikenali sebagai trainer dalam bidang usrah dan permainan Islami, merangkap Editor PTS Professional bahagian Pendidikan, memperolehi ilham menulis sebuah buku berkenaan Gaya Nabi Muhammad Mengajar. Idea itu diusulkan kepada Puan Ainon Mohd selaku pengerusi kumpulan PTS Media Group. Dari situ, idea semakin berkembang dan Puan Ainon Mohd mula melantik ahli-ahli tim penyelidik berjumlah 8 orang, bagi mengkaji secara lebih lanjut, berkenaan teknik pengajaran Nabi Muhammad.


Kajian dilakukan bermula pada Mei tahun 2010. Beberapa siri pertemuan di antara anggota tim penyelidik dibuat bertempat di syarikat PTS, Batu Caves, di Dewan Ainon Mohd, Wangsa Melawati, dan pertemuan pembinaan modul training, di Hotel Seri Malaysia, Genting, sepanjang tahun 2010 dan 2011.

Pertemuan dan perbincangan harian dan kajian turut dilakukan menerusi alam maya, di grup Facebook. Kumpulan penyelidik ini akhirnya menamakan diri mereka sebagai Tim Hadith Psikologi yang kemudian bertukar menjadi Tim Pengkaji Hadith Psikologi.

Pada 17 Disember 2011, kajian TPHP pertama kali diperkenalkan melalui Kursus Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad, yang dilaksanakan di Hotel De Palma Inn, Ampang. Kajian dibentangkan secara teori.

Selepas itu, bermulalah fasa eksperimen secara praktikal yang dijalankan oleh guru-guru terpilih seperti Puan Khairulaniza Khairuddin dan Ustazah Siti Khadijah sendiri. Eksperimen ini dilaksanakan di peringkat kelas dan sekolah masing-masing, bagi mengenalpasti dan memastikan teknik yang dikaji boleh diaplikasikan pada sasaran.



Bidang Kajian

Analisis teks hadith bagi mengeluarkan Prinsip, Teknik, Metod, Strategi, Skil, dan lain-lain. 

Anggota Tim Penyelidik





Penasihat: Prof. Emeritus Abdullah Hassan Ph.D.

Ketua Projek: Puan Ainon Mohd.

Timbalan Ketua Projek: Puan Wan Mazwati Wan Yusoff Ph.D. IIUM

Tim Penyelidik:

Tn. Ahmad Saifuddin Yusof 
(BA Hons Quran Sunnah UM, MA Hadith UM, Calon PhD Hadith UM)
Pn. Muna 'Izzah Fadzil 
(BA Hons LLB IIUM)
Pn. Rihan Hashim 
(BA Hons Teknologi Maklumat UKM)
Pn. Nor Hayati Mohd Redzwan 
(BA Hons Usuluddin IIUM, MA Comparative Religion IIUM)
Tn. Asyraff Hafdzan Abdullah 
(BA Hons Usuluddin Univ of Jordan, Calon MA Quran Sunnah USIM)
Tn. Mohd. Yusry Yusopp 



Objektif Penyelidikan

1. Menggali prinsip-prinsip, strategi-strategi, prosedur-prosedur, teknik-teknik dan tool-tool yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau melaksanakan proses pembangunan tenaga manusia.

2. Menggunakan penemuan-penemuan dalam penyelidikan ini bagi menghasilkan modul-modul latihan pembangunan sumber manusia dalam organisasi.

Modul-modul Terhasil
1. Modul Kaunseling Gaya Rasulullah
2. Modul Mendorong Pelajar Corot Dengan Teknik Nabi Muhammad
3. Modul Mendorong Perubahan Tingkahlaku Anak-anak
4. Modul Komunikasi Cara Nabi Muhammad
5. Dan lain-lain. 

Buku Terhasil
1. Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad
2. Hadith Kaunseling Gaya Rasulullah
3. 13 Hadith Motivasi Cara Rasulullah

2 comments:

  1. assalamualaikum.. ustazah..macam mana untuk beli buku dan modul yang dihasilkan?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ustazah....saya berminat nak beli modul2 tersebut.... Boleh ustazah bagi tahu dimana nak dapatkan modul2 tersebut?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...