Wednesday, August 9, 2017

Buku Pilihan - Mendorong Permata Hati




Judul: Mendorong Permata Hati
Penulis: Pn. Khairulaniza Khairuddin

Membaca perkongsian Pn Khairulaniza Khairuddin dalam bukunya Mendorong Permata Hati ini mengingatkan saya kepada keletah Izz yang saya kenal secara peribadi. Saya mengenali Izz sejak beberapa tahun dahulu, tatkala mengenali ibunya sebagai rakan pengamal Teknik Nabi Muhammad.

Izzkhan Faris adalah watak utama dalam perkongsian penulis, bagaimana penulis mendorong anaknya menjadi insan yang baik dan mendengar kata ibu bapanya. Pengalaman mendorong anak yang original dari air tangan ibunya ini sangat penting kerana mengandungi skrip aplikasi dan situasi serupa yang mungkin kita boleh tiru dalam kehidupan seharian kita dengan anak-anak kita.

Puan Khairulaniza adalah salah seorang mentee dalam Kursus Mendorong Pelajar Kelas Corot dengan Teknik Nabi Muhammad yang julung kali diadakan bertempat di Hotel De Palma, Ampang.

Teknik Nabi Muhammad pula adalah berdasarkan kajian hadith yang diasaskan oleh Tim Psikologi Hadith (kini dikenali sebagai THP Research & Consultancy).

Catatan ringkas tapi bermakna ini adalah bukti-bukti hidup, bagaimana hadith dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian, malah mendorong anak-anak dan keluarga menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

Dilengkapi dengan bonus 13 Tips Aplikasi Teknik Nabi Muhammad, Puan Khairulaniza secara bersahaja menulis 27 catatan bagaimana beliau mendorong permata hati beliau, Izz. Turut berkongsi di dalam buku ini ialah 9 orang lagi pengamal Teknik Nabi Muhammad.

Buku ini adalah buku pertama dalam Siri Teknik Mendorong Gaya Nabi Muhammad dan diterbitkan sendiri oleh Puan Khairulaniza Khairuddin di bawah label Kay Production.

Tuan puan boleh dapatkannya melalui laman FB penulis Khairulaniza Khairuddin atau emel khairulaniza@gmail.com.

Jangan lupa maklumkan beliau, tuan puan dapat tahu tentang buku ini daripada blog ini ya!   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...