Wednesday, August 9, 2017

Buku Pilihan - Mendorong Permata Hati




Judul: Mendorong Permata Hati
Penulis: Pn. Khairulaniza Khairuddin

Membaca perkongsian Pn Khairulaniza Khairuddin dalam bukunya Mendorong Permata Hati ini mengingatkan saya kepada keletah Izz yang saya kenal secara peribadi. Saya mengenali Izz sejak beberapa tahun dahulu, tatkala mengenali ibunya sebagai rakan pengamal Teknik Nabi Muhammad.

Izzkhan Faris adalah watak utama dalam perkongsian penulis, bagaimana penulis mendorong anaknya menjadi insan yang baik dan mendengar kata ibu bapanya. Pengalaman mendorong anak yang original dari air tangan ibunya ini sangat penting kerana mengandungi skrip aplikasi dan situasi serupa yang mungkin kita boleh tiru dalam kehidupan seharian kita dengan anak-anak kita.

Puan Khairulaniza adalah salah seorang mentee dalam Kursus Mendorong Pelajar Kelas Corot dengan Teknik Nabi Muhammad yang julung kali diadakan bertempat di Hotel De Palma, Ampang.

Teknik Nabi Muhammad pula adalah berdasarkan kajian hadith yang diasaskan oleh Tim Psikologi Hadith (kini dikenali sebagai THP Research & Consultancy).

Catatan ringkas tapi bermakna ini adalah bukti-bukti hidup, bagaimana hadith dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian, malah mendorong anak-anak dan keluarga menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

Dilengkapi dengan bonus 13 Tips Aplikasi Teknik Nabi Muhammad, Puan Khairulaniza secara bersahaja menulis 27 catatan bagaimana beliau mendorong permata hati beliau, Izz. Turut berkongsi di dalam buku ini ialah 9 orang lagi pengamal Teknik Nabi Muhammad.

Buku ini adalah buku pertama dalam Siri Teknik Mendorong Gaya Nabi Muhammad dan diterbitkan sendiri oleh Puan Khairulaniza Khairuddin di bawah label Kay Production.

Tuan puan boleh dapatkannya melalui laman FB penulis Khairulaniza Khairuddin atau emel khairulaniza@gmail.com.

Jangan lupa maklumkan beliau, tuan puan dapat tahu tentang buku ini daripada blog ini ya!   

Buku Pilihan - Prophetic Parenting : Cara Nabi Mendidik Anak

Buku Pilihan 

Prophetic Parenting : Cara Nabi Mendidik Anak

Edisi Bahasa Melayu

 Ulasan

Berdasarkan kajiannya terhadap Sirah Nabawiyah dan As-sunnah, penulis mengungkap bahawa pendidikan anak itu bermula sejak kedua-dua ibu dan bapanya bernikah. Hubungan ibu dan bapa kepada anak adalah penentu kepada kemenjadian anak itu sendiri, daripada proses soleh atau atau tidak mereka itu dan sejauh mana mereka mahu melakukan kebaikan. 
Dari sifat ibu bapalah lahirnya anak yang soleh dan solehah, mahukan kebaikan, bukan sekadar secara teori malah secara praktis.
Penulis menekankan hubungan anak dengan ibu, hubungan ibu bapa dengan kaum keluarga, dengan orang sekeliling mereka malah paling penting hubungan ibu bapa dengan Allah subhanahu wa taala, pemilik mereka semua.
Selain itu, penulis turut mencadangkan penggunaan medium dan media yang sesuai dengan anak, berdasarkan kesimpulan beliau daripada hasil penelitian metod pendidikan Islam, pendidikan cara Nabi dan ulasan pakar pendidikan Islam.

Buku ini berasal dari bahasa Arab, dan diterbitkan pertama kali di Nusantara oleh penerbit Indonesia. Namun kami dapati ada penerbit di Malaysia yang sudah mengalihbahasakannya ke dalam bahasa Melayu.

Testimoni

“Setiap keluarga Muslim memerlukan buku bagi perpustakaan peribadi mereka, untuk dirujuk, dan seluruh panduan yang Nabi titipkan di dalamnya dapat diaplikasikan dalam bentuk yang praktikal.

Doktor Mahmud ath-Thahhan,Ketua Jabatan Tafsir dan Hadits, Fakulti Syariah Universiti Kuwait.

Bagaimana Mendapatkannya?

  • Beli di toko buku online seperti bukuonline2u.com. Kedai buku yang mengimport buku-buku Indonesia turut menjualnya, seperti Galeri Buku Syabab, Bangi dan Fajar Ilmu Baru, Wisma Yakin.
  • Beli melalui penjual persendirian. Google tajuk buku untuk lebih info.
  • Pesan dari rakan di Indonesia. 
  • Pesan daripada Tuan Asyraff Hafdzan Abdullah melalui Whatsapp 019-3939 094.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...