Buku Pilihan
Prophetic Parenting : Cara Nabi Mendidik Anak

Ulasan
Berdasarkan
kajiannya terhadap Sirah Nabawiyah dan As-sunnah,
penulis mengungkap bahawa pendidikan anak itu bermula sejak kedua-dua
ibu dan bapanya bernikah. Hubungan ibu dan bapa kepada anak adalah
penentu kepada kemenjadian anak itu sendiri, daripada proses soleh atau
atau tidak mereka itu dan sejauh mana mereka mahu melakukan kebaikan.
Dari sifat ibu bapalah lahirnya anak yang soleh dan solehah, mahukan kebaikan, bukan sekadar secara teori malah secara praktis.
Penulis
menekankan hubungan anak dengan ibu, hubungan ibu bapa dengan kaum
keluarga, dengan orang sekeliling mereka malah paling penting hubungan
ibu bapa dengan Allah subhanahu wa taala, pemilik mereka semua.
Selain
itu, penulis turut mencadangkan penggunaan medium dan media yang sesuai
dengan anak, berdasarkan kesimpulan beliau daripada hasil penelitian
metod pendidikan Islam, pendidikan cara Nabi dan ulasan pakar pendidikan
Islam.
Buku
ini berasal dari bahasa Arab, dan diterbitkan pertama kali di Nusantara
oleh penerbit Indonesia. Namun kami dapati ada penerbit di Malaysia
yang sudah mengalihbahasakannya ke dalam bahasa Melayu.
Testimoni
“Setiap keluarga Muslim memerlukan buku bagi perpustakaan peribadi mereka, untuk dirujuk, dan seluruh panduan yang Nabi titipkan di dalamnya dapat diaplikasikan dalam bentuk yang praktikal.Doktor Mahmud ath-Thahhan,Ketua Jabatan Tafsir dan Hadits, Fakulti Syariah Universiti Kuwait.
Bagaimana Mendapatkannya?
- Beli di toko buku online seperti bukuonline2u.com. Kedai buku yang mengimport buku-buku Indonesia turut menjualnya, seperti Galeri Buku Syabab, Bangi dan Fajar Ilmu Baru, Wisma Yakin.
- Beli melalui penjual persendirian. Google tajuk buku untuk lebih info.
- Pesan dari rakan di Indonesia.
- Pesan daripada Tuan Asyraff Hafdzan Abdullah melalui Whatsapp 019-3939 094.
Mane kedai buku cm mph de tak
ReplyDelete