Saya sering tersenyum seorang diri mengingat
aplikasi Teknik Nabi Muhammad ke atas seorang Penolong Guru di dalam kelas 5
Ali ini. Namanya Aiman. Dia telah dilantik menjadi Penolong Guru Kehadiran bagi
memastikan dan memaklumkan kehadiran pelajar 5 Ali kepada saya pada setiap hari
belajar. Sejak dilantik menjadi Penolong Guru, Aiman sentiasa berusaha menjalankan
tugasnya dengan penuh bertanggungjawab dan baik. (Untuk mengetahui Teknik
Melantik Penolong Guru, baca di sini)
Namun dalam entri kali ini, bukan aplikasi
Teknik Penolong Guru yang ingin saya kongsikan. Tetapi aplikasi Teknik Tidak
Menegur Kesalahan yang telah diaplikasikan kepada Penolong Guru 5 Ali yang
bernama Aiman ini atas kesalahan memakai songkok secara melintang dan
kadangkala sengaja disengetkan songkok yang dipakai.
Pada bulan-bulan awal mengajar dahulu, antara
kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar lelaki di dalam kelas 5 Ali adalah
tidak memakai songkok. Namun kini, setelah aplikasi Teknik Nabi Tidak Menegur
Kesalahan Tetapi Menerangkan, mereka telah bersongkok. Sangat jarang ada
pelajar dengan sengaja tidak memakai songkok baik di dalam kelas atau di luar
kelas sepanjang hari persekolahan berlangsung.
Namun biarpun sudah bersongkok, tetap sahaja
ada pelajar yang masih melakukan kesalahan memakai songkok secara tidak betul
seperti memakai songkok secara melintang atau senget. Di kalangan pelajar
lelaki 5 Ali, Aiman dan Profesor Syahmi adalah pelajar yang paling kerap
mengulangi kesalahan ini.
Barangkali, ini adalah tabiat yang telah
sebati dalam diri mereka. Ini kerana, menurut pemerhatian saya, mereka berdua
apabila diberi penerangan tentang peraturan sekolah bahawa pelajar lelaki harus
memakai songkok, mereka akan memakai songkok secara betul pada mulanya. Tidak
lama kemudian, songkok di atas kepala berubah daripada kedudukan lurus kepada
kedudukan melintang. Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka mengulang perbuatan
yang sama.
Aiman ketika masih terbiasa dengan kesalahan memakai songkok secara melintang dan senget
Pada mulanya, saya tidak mempedulikan
kesalahan dua pelajar ini. Cukup sekadar saya menerangkan peraturan sekolah,
kemudian mereka membetulkan kedudukan songkok yang dipakai. Namun setelah
melihat kerap benar kesalahan ini diulang-ulang, saya cuba mengaplikasikan Teknik
Nabi Muhammad Tidak Menegur Kesalahan, Tetapi Menerangkan berdasarkan hadith 12
Malaikat.
Anas melaporkan, pada suatu hari ada
seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang
sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar
waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban
mubarakan fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah
tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak
seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan
kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu
seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya
ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak
12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -- Hadith No. 271
dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim.
Dalam
hadith ini, seorang lelaki melakukan beberapa kesalahan secara terbuka di
dalam masjid semasa orang-orang lain sedang sembahyang. Namun Nabi Muhammad sama
sekali tidak menegur kesalahan lelaki itu dengan berkata:
"Orang lain sudah mula sembahyang tapi kamu baru sampai."
(SALAH)
"Perbuatan kamu itu mengganggu orang lain sedang khusyuk
sembahyang" (SALAH)"
“Apabila saya tanya, kamu tidak menjawab." (SALAH)
Di
sebalik sikap Nabi Muhammad yang tidak menegur kesalahan lelaki itu adalah
prinsip 'menyelamatkan maruah orang yang melakukan kesalahan'. Apabila lelaki
itu tidak ditegur oleh Nabi Muhammad dia tidak berasa dirinya dimalukan
di hadapan orang ramai, dengan itu maruahnya tidak jatuh.
Beberapa minggu yang lalu, ketika masuk ke
dalam kelas 5 Ali, Aiman masih mengulang kesalahan yang sama; memakai songkok
secara melintang dan senget. Ketika mahu membetulkan kesilapan Aiman yang memakai
songkok secara melintang atau kadangkala senget, saya menghampiri meja Aiman. Saya tidak melakukan
perkara-perkara di bawah ini kepada Aiman;
- Saya tidak menegur Aiman dengan berkata, “Kamu pakai songkok salah! Betulkan songkok kamu.” (SALAH)
- Saya tidak mengkritik Aiman dengan berkata, “Kamu ini Aiman, pakai songkok pun salah.” (SALAH)
- Saya tidak menasihat-nasihat Aiman supaya dia tidak mengulang kesilapannya dengan berkata, “Lain kali, pakai songkok betul-betul. Jangan pakai salah atau disenget-sengetkan songkok kamu.” (SALAH)
- Saya tidak membanding-bandingkan Aiman dengan pelajar lain dengan berkata, “Aiman, lain kali pakai songkok macam Solahuddin atau Al-Fateh, barulah betul cara kamu pakai songkok.” (SALAH)
- Saya tidak menyiasat Aiman dengan berkata, “Mengapa kamu pakai songkok melintang? Kenapa kamu suka sangat pakai songkok melintang/ senget? Aiman, kamu ini memang tidak tahu cara pakai songkok yang betulkah?” (SALAH)
Aiman tersenyum-senyum mendengar kata-kata
saya. Sepanjang P&P saya di dalam kelas 5 Ali pada hari tu, Aiman tidak menukar
kedudukan songkok yang dipakainya. Malah sehingga sekarang, tidak pernah
sekalipun saya melihat Aiman memakai songkok dengan cara salah.
Aiman kini tidak pernah lagi mengulangi kesalahan memakai songkok dengan cara yang salah.
Kadangkala, apabila Profesor Syahmi memakai
songkok dengan cara yang salah, Aiman pula yang akan menegur dengan berkata, “Pakai
songkok betul-betul. Bukan pakai melintang atau disenget-sengetkan.”
Saya menahan tawa memerhatikan perbuatan Aiman.
Dia ada bakat menjadi Guru Disipilin. Hehe.
Ustazah Siti Khadijah
As salam Ustazah Siti Khatijah,
ReplyDeleteFirst of all, thanks to ALLAH! Saya mencari blog ustazah selepas mendengar ikim-galeri, slot Prof Dr Muhaya... :)
Alhamdullillah, byk yg saya belajar di blog ustazah ni... Terima kasih atas perkongsian yg sgt2 bermanfaat bg saya yg sentiasa dahagakan ilmu dlm mendidik anak2 w/pun berada di perantauan...
Semoga ustazah terus menulis & berkongsi ilmu teknik mendidik Rasullullah SAW :))
Salam perkenalan dari Lima, Peru.
Wa a'laiki assalam warahmatullah.
ReplyDeleteCikpuan Marya Yusof,
Terima kasih kerana berkunjung dan membaca segala catatan di sini. Semoga beroleh manfaat daripada perkongsian yang ditulis. Mohon doanya selalu.
Salam perkenalan kembali dari Malaysia. =)
Assalamualaikum..
ReplyDeleteKali pertama saya membaca blog ustazah. Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna. Sangat banyak yang saya boleh pelajari di sini. Saya juga nak aplikasikan kepada anak2, insyaAllah..Membaca tulisan ustazah jua secara tak langsung buat saya lebih kenal [peribadi nabi, lebih cinta pada baginda..Terima kasih. Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan blog ustazah :D