Thursday, March 8, 2012

Mengajar Guru Penolong Kanan Sekolah Skrip Ucapan Teknik Nabi Muhammad saw


“Kalau macam sekarang ini, macam mana nak buat Khadijah?” Tanya guru penolong kanan kepada saya ketika kami sama-sama memantau pelajar di dalam dewan.
“Ada dua cara kak.” Jawab saya spontan.
“Bagaimana?” Tanya guru tersebut lagi.
“Satu, orang yang pegang mikrofon harus mainkan peranan menggendalikan majlis dengan skrip ucapan yang baik mengikut teknik Nabi saw. Dua, kita sendiri datang kepada pelajar yang sedang bersembang. Apabila kita datang, tentu mereka akan diam. Waktu itu, kita pujilah sikap mereka yang diam itu. Kemudian, sebutkan kesan daripada diam itu (puji + impak = hasil). Saya sangat yakin, selepas dipuji nanti mereka akan diam dan duduk dalam keadaan yang baik sehingga majlis tamat. Tempohari, saya pernah buat sekali. Alhamdulillah, berkesan.” Jawab saya lagi.
“Ooo.” Jawab guru penolong kanan tersebut sambil mengangguk.

Saya senyum sendiri mengingat peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi. Semuanya gara-gara entri Tidak Menegur Kesalahan, Menyebabkan Pelajar Mahu Berubah (boleh baca di link ini) yang pernah dikongsikan di Fb. Tidak sangka pula, rupa-rupanya guru penolong kanan tersebut membaca entri tersebut melalui fb saya. Beliau meninggalkan komen di Fb saya berkenaan artikel tersebut. Kata beliau (setelah ditulis kembali menggunakan Bahasa Melayu Tinggi), “Terima kasih atas teguran Khadijah. Mungkin selepas ini, boleh tunjukkan pada Kak Elee cara yang lebih baik agar boleh diperbaiki.”


Link Tidak Menegur Kesalahan Kecil Menyebabkan Pelajar Mahu Berubah yang dikomen guru penolong kanan sekolah

Sebaik menerima komen daripada beliau, saya sedikit runsing. Manalah tahu beliau terguris hati kerana entri tersebut (saya ini memang cepat risau apabila merasakan orang tersinggung dengan perbuatan diri). Sebaik membaca komen-komen beliau di fb, saya berhasrat mahu memohon maaf kepada beliau pada keesokan hari.

Semasa melihat beliau tiba di bilik guru keesokan hari, segera tangan beliau saya capai dan cium. Kata saya; “Akak, saya minta maaf kalau entri yang saya tulis buat akak terasa.” Beliau sedikit terkejut dengan perangai pelik saya hari itu.

“Tidak mengapalah Khadijah. Akak tidak terasa pun. Betullah seperti yang Khadijah sebut dalam entri itu. Kadangkala, kerana sudah terbiasa dengan perbuatan lazim kita tidak menyedari apa yang kita lakukan. Apabila akak baca blog Khadijah, baru akak perasan dan faham. Alhamdulillah, suka rasanya dapat berkongsi ilmu.” Barulah lega perasaan saya.

Sesudah itu, kami masuk pejabat menyelesaikan urusan kertas-kertas soalan ujian pelajar. Memandangkan hari itu ada lori Yalkult datang sekolah, semua pelajar berkumpul di dewan mendengar taklimat. Sewaktu berlangsungnya taklimat tersebut, saya, guru penolong kanan dan seorang lagi guru darjah lima turun ke dewan mahu memantau pelajar.

Puan Eleeyusni; guru penolong kanan sekolah

Sebaik kami tiba di pintu masuk dewan, saya melihat guru penolong kanan tersebut memanggil seorang pelajar. Pelajar tersebut datang berjumpa guru penolong kanan. Kalau tidak salah saya, dialognya lebih kurang begini, “Hari ini kamu buat orang tak?” Pelajar tersebut menggeleng. 
"Jangan buat kawan kamu ya." Sewaktu pelajar tersebut menggeleng tadi, hampir sahaja terkeluar suara saya. “Kak, puji dia. Puji dia.” Sayangnya ia terkulum di rengkungan.

Sebaik pelajar tersebut berlalu. Saya memberitahu guru penolong kanan tersebut, “Kak, tadi hati saya kuat sangat berkata begini, “Kak, puji dia. Puji dia.””
“Puji? Puji macam mana?”
“Macam ini. Tadikan pelajar tersebut kata dia tidak buat kawan dia. Akak harus puji dia menggunakan skrip ucapan yang baik mengikut teknik Nabi Muhammad saw. Selepas ini, tentu dia tidak akan buat kawan dia lagi.” Jawab saya.

“Akak faham teknik Nabi yang Khadijah ajar (puji + impak = hasil), tetapi nak puji tu akak tak berapa tahu sangat.”
“Puji..puji macam mana ya?” Tanya beliau lagi.
“Begini, tadikan pelajar tersebut kata dia tidak kacau kawan dia, akak pujilah sikap dia yang tidak kacau kawannya itu. Contohnya akak kata begini, “Bagus, kamu tidak kacau kawan kamu, ustazah suka. Ustazah tahu kamu budak baik, buktinya kamu tidak kacau kawan kamu hari ini.” Saya menerangkan penggunaan skrip ucapan teknik Nabi Muhammad saw kepada beliau. Akhirnya beliau senyum dan mengangguk faham.

Oleh kerana peristiwa itulah beliau mengajukan soalan di permulaan entri tadi. Hehe, boleh buka kelas skrip ucapan teknik Nabi saw selepas ini. =)

Puan Eleeyusni Ahmad (guru penolong kanan) yang baik dan rapat dengan saya  

Selain guru penolong kanan sekolah, sudah ada beberapa orang guru lagi yang telah membaca entri di blog ini. Sebaik membaca blog ini, mereka akan memberi respon ketika bertemu saya di bilik guru. Setakat hari ini, respon yang diberi juga semuanya positif belaka. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Mudah-mudahan selepas ini, mereka pula dapat mengaplikasikannya. Amin.


Ustazah Siti Khadijah

2 comments:

  1. Episod seperti yang puan tulis ini sangat memberi kesan positif kepada pembaca kerana terbukti guru-guru lian pun berminat belajar perkara-perkara baru.

    Puan telah terangkan dengan terperinci proses bagaimana puan menerangkan aplikasi teknik Nabi kepada Puan Elee, ini memudahkan pembaca puan belajar daripada laporan puan ini.

    Wajah Elee itu menamopakkan orangnya baik hati dan lembut...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, puan. Allah memudahkan, saya juga tidak perasan. Hanya benar-benar merasakan apa yang puan katakan setelah mengingat semula peristiwa ini. Subhanallah, saya suka dan senang dengan respon puan. Ia membuatkan saya lebih menghargai dan mensyukuri kejadian Tuhan. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...