02
Rabiul Akhir 1433 (24 Feb 2012)
Entri kali ini adalah catatan saya ketika menghadiri perhimpunan sekolah kali pertama (kali pertama kerana hari Jumaat sebelum-sebelum ini hujan). Peristiwa untuk entri kali ini berlaku secara spontan apabila saya tidak menegur kesalahan pelajar di perhimpunan. Jadi, gambar untuk insiden ini tidaklah sempat saya snap untuk dipaparkan.
“Haa, kamu. Kenapa tidak memakai samping? Samping kamu mana?”
“Dalam beg Ustazah.”
“Nak bagi siapa pakai dalam beg? Beg pakai?”
“Tak. Tadi saya buka, simpan dalam beg.”
“Menjawab.”
Teknik ini yang tergambar dalam kepala saya apabila menyaksikan pelajar tersebut ditegur di hadapan khalayak. Barangkali kerana sudah terbiasa memandang orang sekeliling berdasarkan teknik Nabi, gambaran inilah yang bermain di kepala. Alangkah bagusnya sekiranya gambaran ini dapat dijelmakan ketika itu. Namun ia hanya berlegar-legar di kepala. Moga suatu hari nanti, ia akan menjadi nyata.
“Dia ini Ustazah, tidak pakai songkok. Bawa dia ke hadapan.”
Ketika itu juga mata saya terpandangkan poket baju sekolah Abang Ngah yang tidak bertampal lencana. Saya lalu berkata, “Apakah kamu mahu sekiranya Ustazah menarik kamu ke hadapan kerana kamu tidak memakai lencana?”
“Tidak.” Dia menjawab ringkas.
“Begitulah juga yang dirasakan oleh rakan-rakan kamu yang kamu katakan tadi.” Abang Ngah hanya diam dan tersenyum kembali memandang saya.
Ustazah Siti Khadijah
Entri kali ini adalah catatan saya ketika menghadiri perhimpunan sekolah kali pertama (kali pertama kerana hari Jumaat sebelum-sebelum ini hujan). Peristiwa untuk entri kali ini berlaku secara spontan apabila saya tidak menegur kesalahan pelajar di perhimpunan. Jadi, gambar untuk insiden ini tidaklah sempat saya snap untuk dipaparkan.
Jumaat
yang lalu, ketika perhimpunan berlangsung, saya berdiri di hadapan
pelajar-pelajar bersama beberapa orang guru yang lain. Apabila
melihat beberapa orang pelajar ditarik pengawas ke hadapan ruang
perhimpunan, saya mula merasakan ada sesuatu yang telah dilakukan
pelajar-pelajar tersebut. Saya tidak pula bertanya, “Mengapakah
pelajar tersebut diarahkan berdiri di hadapan ruang perhimpunan?”.
Kerana memang dalam teknik Nabi Muhammad saw mendorong orang-orang
corot, beliau tidak menggunakan perkataan ‘mengapa’ atau
menyiasat punca kesalahan yang dilakukan.
Pelajar perempuan sedang beratur. Gambar Hiasan. |
Tidak
berapa lama selepas melihat insiden tersebut, saya mula mengangkat
kaki meronda dari satu barisan ke satu barisan pelajar. Setelah agak
berpuas hati, barulah saya kembali semula berdiri bersama beberapa
orang guru di hadapan pelajar. Saya cuba mengagak apa yang dilakukan
pelajar tersebut, tetapi perasaan bersangka buruk yang sememangnya
jarang menghuni hati melarang keras saya berbuat demikian. Akhirnya
saya mengambil keputusan melihat sahaja apa yang bakal berlaku
selepas ini kepada pelajar tersebut.
Semasa
perhimpunan masih berlangsung, saya menangkap kata-kata ini daripada
guru yang sedang bertugas di perhimpunan, “Kamu tahu atau tidak
mengapa pelajar-pelajar ini disuruh berdiri di hadapan?”
“Sebab
langgar peraturan sekolah.” Jawab beberapa suara.
“Haa, kamu. Kenapa tidak memakai samping? Samping kamu mana?”
“Dalam beg Ustazah.”
“Nak bagi siapa pakai dalam beg? Beg pakai?”
“Tak. Tadi saya buka, simpan dalam beg.”
“Menjawab.”
Saya
tidak menyalahkan guru yang bertugas, tidak juga menyebelahi pelajar
yang melakukan kesalahan tersebut. Barangkali kebanyakan guru yang
bertugas di perhimpunan sekolah sudah terbiasa dengan cara memanggil
pelajar yang melakukan kesalahan untuk diberi pengajaran di hadapan
ramai pelajar yang berhimpun, supaya tidak ada pelajar yang
mengulangi perbuatan yang telah dilakukan pelajar tersebut.
Antara pelajar yang dibawa ke hadapan. |
Namun,
di dalam teknik Nabi Muhammad saw mendorong orang-orang corot, cara ini jelas bertentangan. Matlamat
atau niat guru tersebut betul, tetapi cara atau tekniknya yang salah. Nabi
Muhammad saw tidak pernah mendorong orang yang melakukan kesalahan dengan teknik yang salah apalagi mengaibkan orang-orang corot yang melakukan
kesalahan di hadapan beliau.
Dalam
satu hadith yang diriwayatkan oleh saidina Anas bin Malik yang
berbunyi begini, Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat Nabi
Muhammad saw. Dia melaporkan suatu peristiwa yang dia pernah
saksikan. Menurutnya, pernah berlaku pada suatu masa ada dua orang
lelaki bersin dekat dengan Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw
berdoa untuk salah seorang daripada mereka berdua dengan ucapan,
“Yarhamkallah.” Manakala yang seorang lagi pula bersin tetapi
tidak didoakan oleh Nabi Muhammad saw. Lelaki itu tidak puas hati
lalu berkata, “Mengapakah apabila si polan bersin, tuan mendoakan
dia, tetapi apabila saya bersin, tuan tidak mendoakan saya?” Nabi
Muhammad saw menjawab, “Selepas dia bersin, dia membaca
Alhamdulillah, sedangkan saudara tidak membaca Alhamdulilliah." (Lembaran aktiviti 1, Mendorong Pelajar Kelas Corot: Teknik Memberi
Ganjaran)
Dalam
hadith ini, terdapat beberapa prinsip dan teknik yang harus kita
faham.
- Ganjaran diberikan apabila kerja dibuat dengan teknik yang betul.
Lelaki
yang pertama bersin dan dia menyebut Alhamdulillah. Disebabkan dia
melakukan kerja itu dengan betul, Nabi Muhammad saw memberikan ganjaran kepadanya. Ganjaran itu adalah doa.
- Kerja yang dibuat dengan teknik yang salah tidak diberi ganjaran.
Lelaki
yang kedua membuat kerja dengan teknik yang salah. Dia bersin tetapi
dia tidak menyebut Alhamdulillah. Nabi Muhammad saw tidak memberi ganjaran kepadanya (tidak mendoakannya).
- Apabila kerja itu dibuat secara terbuka, maka ganjaran diberikan juga secara terbuka
Lelaki
itu bersin di tempat terbuka di mana orang-orang lain dapat melihat
mereka bersin. Maka Nabi Muhammad saw memberikan ganjarannya secara
terbuka juga, yakni di ketahui orang-orang lain. Dalam peristiwa ini,
Nabi Muhammad saw mendoakan lelaki itu dengan suara yang jelas dan
dapat didengar oleh orang lain yang kebetulan ada di situ.
- Orang yang melakukan kerja dengan teknik yang salah tidak dikritik.
Dalam
peristiwa di atas, Nabi Muhammad saw tidak menegur kesalahan lelaki
yang bersin yang tidak menyebut Alhamdulillah. Nabi Muhammad saw cuma
tidak memberi ganjaran, yakni beliau tidak mendoakan lelaki itu.
- Nabi Muhammad saw tidak memarahi orang yang tidak puas hati itu dengan berkata: “Kenapa awak cemburu?”
- Nabi Muhammad saw tidak menasihati orang yang tidak berpuas hati itu dengan berkata: “Kalau awak hendak saya doakan awak, awak kenalah perbaiki kerja awak.”
- Nabi Muhammad saw tidak membandingkan orang yang tidak puas hati itu dengan orang yang dapat ganjaran dengan berkata: “Lain kali awak kenalah buat kerja elok-elok macam Si Fulan, barulah saya beri awak ganjaran macam dia juga.”
- Nabi Muhammad saw tidak mengkritik orang yang tidak puas hati tu dengan berkata: “Sikap awak tidak betul. Awak hendak saya beri ganjaran, tetapi kerja awak tidak semenggah!” (Lembaran aktiviti 1, Mendorong Pelajar Kelas Corot: Teknik Memberi Ganjaran)
Dalam
kes pelajar yang dipanggil tadi, sekiranya kita mengikut teknik Nabi
Muhammad saw, situasinya tidak banyak beza dengan peristiwa yang
diriwayatkan di dalam hadith.
Bagi mendorong pelajar tersebut, guru-guru haruslah mengikut prinsip yang
telah tersusun di atas.
Bagi
prinsip yang pertama, guru yang bertugas boleh memuji pelajar yang
mematuhi peraturan sekolah. Ciptalah skrip ucapan yang baik bagi
menghargai pelajar yang melakukan kerja dengan teknik yang betul
(mematuhi peraturan sekolah).
(Ganjaran diberikan apabila kerja dibuat dengan teknik yang betul).
Prinsip
kedua, pelajar yang dipanggil tadi tidak diberi ganjaran kerana tekniknya salah (tidak mematuhi peraturan sekolah), beliau tidak
dipuji dengan skrip ucapan yang baik. (Kerja
yang dibuat dengan teknik yang salah tidak diberi ganjaran).
Prinsip
ketiga, guru yang bertugas harus memuji pelajar yang mematuhi
peraturan di tempat terbuka. Ini sangat membantu untuk menaikkan
self-esteem (maruah) pelajar untuk terus melakukan kerja dengan
teknik yang betul secara berulang-ulang. (Apabila
kerja itu dibuat secara terbuka, maka ganjaran diberikan juga secara
terbuka).
Prinsip
keempat, pelajar yang dipanggil ke hadapan tersebut tidak boleh
dikritik (Orang
yang melakukan kerja dengan teknik yang salah tidak dikritik).
Dalam
situasi yang berlaku semasa perhimpunan tadi, pelajar yang melakukan
kerja dengan teknik yang salah disiasat dan diumumkan kesalahannya di
hadapan orang banyak (tempat terbuka). Ini akan membuatkan
self-esteem (maruah) pelajar tersebut jatuh dan dia mungkin rasa
dimalukan. Apabila self-esteem (maruah) pelajar jatuh, ia menyukarkan
proses dorongan untuk membaiki diri oleh pelajar tersebut.
Teknik ini yang tergambar dalam kepala saya apabila menyaksikan pelajar tersebut ditegur di hadapan khalayak. Barangkali kerana sudah terbiasa memandang orang sekeliling berdasarkan teknik Nabi, gambaran inilah yang bermain di kepala. Alangkah bagusnya sekiranya gambaran ini dapat dijelmakan ketika itu. Namun ia hanya berlegar-legar di kepala. Moga suatu hari nanti, ia akan menjadi nyata.
Pelajar sedang berbaris dalam perhimpunan. |
Barangkali
juga kerana tidak sanggup melihat beberapa pelajar lagi terus
disiasat (saya ini orang cengeng dan mudah terasa), tanpa sedar saya
melangkah merapati pelajar-pelajar yang berada dalam barisan. Ketika
menghampiri barisan pelajar tahun lima, ada beberapa orang pelajar
berkata, “Ini Ustazah, dia pakai selipar.”
“Dia ini Ustazah, tidak pakai songkok. Bawa dia ke hadapan.”
Saya
hanya mendiamkan diri tidak berkata apa-apa. Ketika menghampiri Abang
Ngah, dia berkata, “Ini Ustazah, dia tidak pakai songkok. Bawa dia
ke hadapan.”
Ketika itu juga mata saya terpandangkan poket baju sekolah Abang Ngah yang tidak bertampal lencana. Saya lalu berkata, “Apakah kamu mahu sekiranya Ustazah menarik kamu ke hadapan kerana kamu tidak memakai lencana?”
“Tidak.” Dia menjawab ringkas.
“Begitulah juga yang dirasakan oleh rakan-rakan kamu yang kamu katakan tadi.” Abang Ngah hanya diam dan tersenyum kembali memandang saya.
Sebaik
saya mahu mengatur langkah ke hadapan, terdengar suara daripada
pelajar-pelajar yang tidak mematuhi peraturan sekolah berhampiran
Abang Ngah, “Ustazah ini baiklah, Ustazah tidak suruh kita ke
hadapan. Minggu hadapan, aku akan pakai songkok.” =)
Ustazah Siti Khadijah
love this....tq ustazah mge dpt digunakan bila bergelar guru kelak InshaALLAH..
ReplyDeleteSama-sama. Allah berkati Cikpuan, semoga bermanfaat. ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah..Teruskan kerja murni Ustazah..
ReplyDeleteAlhamdulillah..sangat bagus teknik yang diketengahkan ini.. semoga kita sebagai pendidik terus menjadikan Rasulullah sebagai qudwah terutamanya dlm mendidik anak-anak
ReplyDeleteTuan Azli9: Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan tuan. Mohan doanya selalu.
ReplyDeleteNailah87: Allahuma amin..amin..amin. Mari bersama saling mendoakan.
terima kasih ustazah dgn entri ini, dapat membantu saya dalam mendidik anak bangsa..ustazah, apa pendekatan sesuai sekiranya ada pelajar yang agak nakal la..kalau kita bercakap di depan, mereka bergelak ketawa di belakang...? kadang-kadang buntu.....mereka tak makan saman pun..
ReplyDeleteSama-sama Cikpuan. Saya kongsikan tips daripada seorang rakan yang juga menggunakan teknik Naabi Muhammad saw mendorong pelajar-pelajarnya. Kata beliau, "Salah satu cara mengubah tingkah laku negatif pelajar A ialah memuji tingkah laku positif pelajar-pelajar lain. Jika pelajar A masuk lambat ke dalam kelas, ketika itu puji pelajar B yang masuk cepat. Jika pelajar A bercakap ketika guru mengajar,ketika itu puji pelajar lain yang diam dan memberi tumpuan kepada guru mengajar. Insyaallah, tingkah laku negatif pelajar A akan berubah tanpa perlu menegur kesalahannya. Nantikan entri seterusnya."
ReplyDeleteBoleh baca entri-entri beliau mendorong pelajar-pelajarnya di link ini; http://khairulaniza.blogspot.com/
Assalamualaikum..
ReplyDeleteTahniah Ustazah diatas usaha mendidik anak bangsa.
Teruskan usaha murni ini. Semoga kita dapat mecontohi ustazah.
Keperihatinan, Kesabaran dan kecekapan ustazah amat saya kagumi.
Tahniah
Wa a'laiki as-salam warahmatullah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih Cikpuan Nana yang budiman. Allahuma amin..amin. Mohon doa Cikpuan sentiasa. =)
saya menghadapi masalah dengan segelintir pelajar yg terlalu susah menyiapkan kerja rumah.saya ada bercakap secara personal dgn bagi nasihat, denda berdiri di dalam dan luar kelas n bawa mereka ke kelas saya yg lain ketika subjek seni untuk menyuruh mereka menyiapkan kerja rumah.cara lembut sudah, cara kasar sudah.bila dipanggil ke hadapan ada kalanya mereka siap bermain lagi bila cikgu sdg mengajar.ada cadangan ustazah...saya bersyukur kerana berjumpa dgn blog ini.sbb saya benar2 hendak mendidik bukan sekadar mengajar.harap ustazah dpt terus berkongsi pandangan ,maklumat n pengalaman.terima kasih..
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga bermanfaat.
ReplyDeleteAssalamualaikum... salam ukhuwwah...membalas kunjungan... ustazah ada ke pergi kursus Psikologi Hadis menangani pelajar corot?... saya ada mendaftar tetapi x dpr hadir oleh kerana tarikh itu bertembung dengan tugas lain . Saya harap sangat dapat berpeluang belajar samada secara lansung dr group Psikologi Hadis atau pun dari siapa-siapa yang pernah hadir.
ReplyDeleteassalamualaikum ustazah...mohon share cerita nie :)
ReplyDeleteWa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
ReplyDeleteSilakan berbagi dan berkongsi, mudah-mudahan impaknya akan kembali semula kepada kita nanti.
assalamualaikum ustazah,saya baru saja menjadi guru ganti kepada salah seorang guru yg sedang cuti berpantang.saya menghadapi masalah untuk menangani pelajar2 yang nakal dan bising walaupun ketika saya sedang mengajar.Bila saya marah,tinggikan suara dan tunjuk garang di hadapan mereka,mereka akan senyap tapi hanya sementara saja.Hendak dirotan,apatah lagi berbuat kasar pada mereka saya tak sampai hati.saya harap ustazah boleh bagi pandangan untuk berkongsi dengan saya.terima kasih
ReplyDelete