Impak Teknik Nabi di Dewan
MEMBERI PERHATIAN SELEPAS DIPUJI
MEMBERI PERHATIAN SELEPAS DIPUJI
24
Rabiul Awal 1433 (17 Feb 2012)
Hari ini merupakan hari paling
sibuk bagi guru-guru yang menjadi guru kelas di sekolah saya. Seawal
mata pelajaran pertama, setiap guru kelas tahun lima dan enam
diarahkan turun ke dewan bersama pelajar kelas masing-masing bagi
menyertai bacaan surah Yasin. Amalan membaca surah Yasin pada setiap
hari Jumaat adalah satu mata pelajaran wajib di sekolah kami.
Selesai
majlis pembacaan surah Yasin bersama pelajar. Semua murid tahun lima
diarahkan menunggu di dewan bagi taklimat buku teks dan taklimat
pengisian borang Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK). Guru yang
bertanggungjawab memberi taklimat adalah seorang guru tahun lima.
(Bukan saya)
Guru-guru suka berleter dan memarahi pelajar. Lebih teruk lagi, ada yang suka merotan dan memberi hukuman fizikal kepada pelajar. Gambar Ihsan : Tim Hadith Psikologi dan Tuan Razali Rasyad Kelinci |
Keadaan
pelajar tahun 5 yang duduk di dewan pada mulanya agak terkawal.
Namun, lama-kelamaan menjadi tidak terkawal. Pelajar-pelajar mula
membuat bising dan membuat perangai sendiri. Taklimat yang sedang
disampaikan oleh guru bertanggungjawab, tidak lagi mendapat perhatian
mereka. Apabila pelajar-pelajar mula bermain dan membuat bising,
seorang guru yang duduk bersebelahan dengan guru yang sedang
menyampaikan taklimat, memarahi mereka menggunakan pembesar suara.
Setelah dimarahi, pelajar-pelajar diam sekejap, tetapi kembali
membuat perangai masing-masing tidak lama selepas itu.
Ketika
itu hati saya berdetik, “Alangkah bagusnya sekiranya teknik Nabi
Muhammad saw dapat digunakan oleh guru tersebut.” Namun apakan
daya, ia hanya tersimpan jauh di sudut hati.
Bagi
membantu mengawal pelajar-pelajar yang bising, saya berjalan ke arah
beberapa orang pelajar yang sedang bersembang. Sebaik saya berada di
hadapan mereka, mereka mendiamkan diri. Fikir saya, barangkali mereka
diam kerana takutkan saya.
Sejak
mempelajari teknik Nabi Muhammad saw, saya sebolehnya tidak mahu ada
pelajar yang takut dengan saya. Tetapi saya mahu mereka melakukan
sesuatu yang baik kerana terdorong dan hormatkan guru-gurunya. Lalu
saya tersenyum memandang pelajar-pelajar yang bersembang tadi (kini
sudah duduk diam). Dalam kepala terfikir-fikir, sikap mendiamkan diri
pelajar-pelajar berkenaan harus dipuji untuk mendorong mereka tidak
bersembang kembali selepas saya pergi daripada tempat mereka.
“Saya
suka kamu menumpukan perhatian kepada taklimat yang sedang
disampaikan. Dengan menumpukan perhatian kepada taklimat yang sedang
disampaikan, saya yakin kamu tidak akan salah mengisi borang UPKK di
rumah nanti. Tahniah, kamu sedang belajar menjadi seorang pelajar
yang mendengar arahan guru dengan baik. Saya kagum.”
Pelajar-pelajar itu senyum sahaja mendengar pujian saya. Sebaik saya
mengangkat kaki daripada tempat mereka, saya perasan (dengan cara
memerhati daripada jauh) mereka tidak lagi bersembang. Mereka tekun
mendengar taklimat yang sedang disampaikan.
Mudah
bukan teknik Nabi. Puji perbuatan baik pelajar (action), “Saya suka
kamu menumpukan perhatian kepada taklimat yang sedang disampaikan.”
Sebutkan
impak (kesan) daripada perbuatan baik yang dilakukan; “Dengan
menumpukan perhatian kepada taklimat yang sedang disampaikan, saya
yakin kamu tidak akan salah mengisi boring UPKK di rumah nanti.
Tahniah, kamu sedang belajar menjadi seorang pelajar yang mendengar
arahan guru dengan baik. Saya kagum.”
Hasil pujian kepada perbuatan baik yang mereka lakukan “Saya
suka kamu menumpukan perhatian kepada taklimat yang sedang
disampaikan.)”, bukan puji tuannya (seperti; “Kamu bagus! Kamu
pandai) + menyebutkan impak (kesan daripada perbuatan tersebut), =
(hasilnya) pelajar-pelajar terdorong menumpukan perhatian sehingga
taklimat selesai.
Formulanya :
[Puji perbuatan baik (- puji orangnya) + nyatakan impak perbuatan baik] = Hasil
Ustazah Siti Khadijah
Formulanya :
[Puji perbuatan baik (- puji orangnya) + nyatakan impak perbuatan baik] = Hasil
Ustazah Siti Khadijah
No comments:
Post a Comment