Sebaik
tamat taklimat di dewan, kami guru-guru kelas tahun lima berkumpul di
bilik buku teks bagi menguruskan pembahagian buku teks kepada
pelajar kelas masing-masing. Setiap pinjaman buku teks yang diberikan
kepada pelajar harus direkodkan secara teliti. Setiap pelajar
mempunyai satu nombor siri khusus bagi semua mata pelajaran.
Memandangkan bilik buku teks tidaklah sebesar mana, apabila semua
guru dan pelajar berkumpul bagi urusan buku teks, bilik yang
sederhana kecil terasa panas dan membahang. Peluh yang keluar di muka
membuatkan tudung saya basah.
Hari
ini, semua guru-guru tahun lima telah diberi keizinan tidak
mengajar sehingga urusan membahagikan dan merekodkan pinjaman buku teks
selesai. Dengan kesan peluh yang masih kelihatan tadi, saya masuk ke
kelas 5 Ali. Selepas pelajar 5 Ali memberi salam, saya mengumumkan
kepada pelajar yang pelajaran hari ini ditunda kepada hari
berikutnya, atas alasan pembahagian buku teks. 5 Ali adalah kelas
paling corot berbanding kelas-kelas tahun lima yang lain. Sebaik sahaja mereka mendengar pengumuman saya, apa lagi bersorak ‘merdekalah’ mereka.
Saya
duduk di meja guru dengan fail rekod buku-buku teks, bersama borang
pinjaman Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di tangan. Dalam borang tersebut, ada tiga ruangan tandatangan
yang harus diisi. Ruangan pertama diisi oleh pelajar, kedua, oleh guru kelas,
dan ketiga, oleh ibu bapa. Memandangkan guru kelas hanya dibenarkan
menurunkan tandatangan selepas pelajar tandatangan, jenuh juga saya menunggu.
Saya boleh sahaja menandatangani terlebih dahulu sekiranya saya mahu, tetapi apabila
memikirkan ia merupakan satu amanah, saya tetap harus selesaikan
biarpun sedikit jenuh dan penat. Kata guru SPBT tadi, “Akak
pastikan mereka tandatangan di hadapan akak, kemudian baru akak
tandangan sebagai saksi atas penerimaan jumlah yang diterima
pelajar.”
Bayangkan
setiap satu borang kosong itu harus saya tulis satu persatu nama
pelajar 5 Ali beserta jumlah buku yang diterima, kemudian menunggu
mereka menandatangan pula seorang demi seorang, baru saya boleh menurunkan tandatangan. Selepas
itu pula, saya harus berpesan kepada setiap pelajar yang siap menandatangani borang,
“Borang ini kamu bawa balik, minta ayah atau emak kamu tandatangan.
Hari Isnin nanti, pulangkan semula bersama buku-buku teks yang telah
siap ditulis nama dan dibalut kepada Ustazah untuk disimpan di
sekolah.” Memang saya tersangat penat dan berpeluh-peluh. Ketika seorang
demi seorang dipanggil, yang tidak dipanggil juga datang, memang
penat melayan mereka.
Bilik darjah tidak sebesar mana. Manakala, kipas angin pula terletak di atas kawasan meja pelajar. Kedudukan meja guru agak jauh dari kedudukan kipas angin.
Bilik darjah tidak sebesar mana. Manakala, kipas angin pula terletak di atas kawasan meja pelajar. Kedudukan meja guru agak jauh dari kedudukan kipas angin.
Saya sedang sibuk melayan pelajar menandatangani borang SPBT. Pelajar saya di belakang seronok bermain bunga dan main kipas-kipas. Nota : Tukang ambil gambar adalah Awang. |
Ramai
pelajar melakukan aktiviti bebas mereka sendiri ketika saya sibuk
menguruskan pembahagian dan merekodkan penerimaan buku teks pelajar.
Saya sudah tidak peduli lagi apa yang mereka mahu lakukan. Kalau
dikenang-kenang kembali memang kelakar. 5 Ali kelas paling corot,
jadi faham-faham sahajalah apa yang mereka lakukan. Ada yang
membentuk kumpulan di belakang, main gaduh-gaduh, ada yang bertawaf mengelilingi kelas (yang kerjanya bertawaf mengelilingi saya pun ada), ada yang
mengusik kawan-kawan, ada yang makan dan sebagainya. Sekiranya saya
tidak mengetahui ilmu teknik Nabi ketika itu, tentulah keadaan kelas
yang sebegitu akan membuatkan diri saya stres. Alhamdulillah, dengan
teknik Nabi, saya tidak stres. Hanya sedikit penat sahaja. =)
Semasa
memanggil seorang demi seorang pelajar ke hadapan, empat orang
pelajar perempuan di hadapan saya menyedari yang wajah saya sedikit
kelelahan. Sesekali terdengar mereka memarahi rakan sekelasnya yang
lain, “Woi, diamlah. Kasihan Ustazah. Tak kasihankah tengok muka
dan tudung Ustazah basah dengan peluh? Kamu orang ini bising sahaja.”
“Entahlah korang ini. Nasib baiklah Ustazah ini tidak marah macam guru-guru lain. Kalau tidak, teruk kita marah dan rotan, bukan?”
Saya hanya diam meneruskan kerja-kerja pembahagian buku teks, dalam hati saya sebenarnya kembang kuncup dipuji. Hahaha.
Tidak
lama selepas itu, ada pelajar di hadapan saya berkata, “Ustazah kepanasan ke? Habis tudung Ustazah basah. Kasihan Ustazah.”
Saya
senyum sambil menjawab, “Ya anakku, Ustazah panas. Tadi di bilik
buku teks berhimpit dan bersesak dengan guru-guru dan pelajar, itu
yang berpeluh sehingga basah tudung Ustazah ini.” Pelajar itu
tersenyum-senyum mendengar saya membahasakan ‘anakku’ padanya.
Lalu
dia bertanya lagi, “Ustazah mahu saya kipaskan?”
“Terima kasih. Sekiranya kamu sudi, tentu Ustazah mahu.” Saya senyum lagi.
Pelajar
itu lalu bangun mencari buku (buku apa saya kurang pasti), lalu
mengipas-ngipas saya. Melihatkan perlakuannya, rakan-rakan
perempuannya yang lain pula cemburu.
“Ustazah, saya mahu kipas juga.”
“Saya pun.”
“Saya pun nak juga.”
“Saya pun.”
Mengipas Ustazah Siti Khadijah dengan gembiranya. Macam kipas sate! |
Lalu, saya berbesar hati sahaja menerima kesudian mereka
mengipas-ngipas dengan gembiranya. Alhamdulillah, sedikit demi
sedikit peluh yang merembes hilang, rasa panas juga sudah tidak
terasa lagi.
Selesai mereka mengipas, saya berkata, “Terima kasih dayang-dayangku atas kipasan yang baik. Allah sahaja dapat membalas kebaikan kamu. Alhamdulillah, dengan kamu mengipas-ngipas Ustazah tadi, Ustazah sudah tidak berasa panas lagi." Mereka sangat gembira mendengar pujian saya.
Selesai mereka mengipas, saya berkata, “Terima kasih dayang-dayangku atas kipasan yang baik. Allah sahaja dapat membalas kebaikan kamu. Alhamdulillah, dengan kamu mengipas-ngipas Ustazah tadi, Ustazah sudah tidak berasa panas lagi." Mereka sangat gembira mendengar pujian saya.
Tiba-tiba,
datang seorang pelajar yang bernama Awang. Memang dari tadi dia asyik
tawaf mengelilingi saya, meminta supaya dia dapat memperdengarkan ayat-ayat hafalannya.
Tetapi saya menolak dengan baik dengan memberitahu alasan yang saya
harus menyudahkan kerja-kerja berkaitan buku teks terlebih dahulu.
Barangkali kerana masih tidak berpuas hati, dia datang lagi.
“Ustazah!”
“Ya, anakku.”
“Bolehlah, saya sudah hafal sehingga ayat 20 ini.” Katanya cuba merayu lagi.
“Ustazah minta maaf, Awang. Ustazah bukan tidak mahu mendengar hafalan kamu, Ustazah tidak punya waktu sekarang. Esok ya, anakku?” Jawab saya memujuk.
“Ala, Ustazah. Bolehlah. Dahulu, masa saya malas menghafal, Ustazah suruh hafal. Sekarang sudah hafal, nak baca, Ustazah tak bagi pula.” Katanya lagi merayu-rayu.
Allah,
tidak sampai hati pula. Rasa kasihan ada, mahu ketawa pun ada.
Akhirnya saya berkata, “Erm, baiklah. Kamu baca, Ustazah dengar.”
Akhirnya saya berkata, “Erm, baiklah. Kamu baca, Ustazah dengar.”
Awang Izzuddin al-Qassam sedang memperdengarkan hafazannya. |
Awang
membaca ayat-ayat hafalannya. Ada yang saya kurang beri perhatian.
Alhamdulillah, ada di kalangan dayang-dayang tadi yang sudi membuka
Al-Quran menyemaknya. =)
Hampir sahaja menamatkan bacaan, datang pula si Fathillah (atau lebih dikenali sebagai Fatah). Dia cuba mengganggu ayat-ayat hafazan Awang.
“Eh, Awang, janganlah baca sampai ayat 20. Esoklah kita baca sama-sama. Kan Ustazah kata esok baru tasmik?”
Awang buat tidak peduli. Dia meneruskan bacaannya sehingga tamat.
Selepas
Awang duduk, Fathillah pula cuba memujuk saya mahu membaca ayat-ayat
hafalannya. Toing!
Saya cuba memahamkan Fatah. Dia tidak mahu mendengar kata.
“Saya nak hafal juga.”
Disebabkan pelajar perempuan masih mengelilingi saya, Fathillah tidak dapat duduk berhampiran dengan saya. Saya berdoa mudah-mudahan dia akan menangguhkan bacaannya. Namun ternyata Fatah tidak putus asa. Dia menyelit di sebelah kiri saya.
“Ustazah, dengar saya baca.” Katanya.
“Tidak boleh anakku. Ustazah kesempitan waktu.”
“Tak kira, dengar juga. Tadi Awang boleh.” Oho, dia membuat pertikaian.
“Iyalah, Ustazah dengar. Bacalah.” Akhirnya saya terpaksa mengalah. Rasa mahu ketawa apabila diingat-ingat. Maha suci Allah, sememangnya hebat teknik Nabi ini.
Selesai
Fathillah membaca. Saya meneruskan kerja. Kebetulan waktu itu waktu
rehat, pelajar-pelajar ada yang pergi berehat, ada juga yang makan
bekalan yang dibawa di dalam kelas. Pelajar di hadapan saya makan
bekal nasi putih lauk telur kicap. Mungkin kerana lauk dan nasinya
bercampur, semua nasinya kelihatan hitam. Seorang pelajar yang bernama Fadhirul berkata,
“Eiee yek! Macam apa entah.”
Saya berkata, “Nabi tidak pernah menghina makanan.” Hehehe, dia senyum.
Saya berkata, "Nanti Allah tanya, "Fadhirul, Allah bagi mulut dan lidah untuk apa?" Mulut dan lidah pun menjawab, "Untuk cakap perkara tidak baik."
"Allah pun ambil kembali mulut dan lidah."
Fadhirul lantas menjerit, "Tak nak!" dan menutup mulut dengan kedua-dua tangannya.
Saya tertawa geli hati. =)
Saya berkata, “Nabi tidak pernah menghina makanan.” Hehehe, dia senyum.
Saya berkata, "Nanti Allah tanya, "Fadhirul, Allah bagi mulut dan lidah untuk apa?" Mulut dan lidah pun menjawab, "Untuk cakap perkara tidak baik."
"Allah pun ambil kembali mulut dan lidah."
Fadhirul lantas menjerit, "Tak nak!" dan menutup mulut dengan kedua-dua tangannya.
Saya tertawa geli hati. =)
Memperkenalkan 3 orang hero dalam kelas 5 Ali. Dari kiri, Awang Izzuddin al-Qassam, Fadhirul, dan Fathillah, atau lebih dikenali dengan nama Fatah.
Ustazah Siti Khadijah
|
Assalamualikum warohmatullahiwabarokatuh,
ReplyDeletePertama kali mengunjungi blog ini, saya terus jatuh cinta dengan Ustazah. Saya menyukai Bahasa Malaysia buku yang digunakan yang kini amat sukar sekali ditemui di laman-laman sosial. Walaupun saya bukan seorang guru dan anak-anak telah meningkat remaja, saya amat berminat dengan kisah-kisah yang dikongsikan. Saya kira belum terlambat untuk saya menggunakan teknik-teknik Nabi untuk mendidik anak-anak remaja saya dan mungkin boleh juga diaplikasikan di pejabat bersama anak-anak buah.
Syukran jazilan
Wa'alaikumussalam warahmatullah.
DeletePuan Ummi yang dihormati,
terima kasih atas kesudian puan berkunjung dan membaca entri-entri di blog ini. Selamat mengambil manfaat daripada tulisan-tulisan blog ini. Saya doakan, Allah berkati puan dan memberi kemudahan untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian bersama anak-anak. Selamat berjaya =).
Izzuddin al-Qassam adalah nama seorang pejuang yang syahid di Palestin. sedap nama tu.
ReplyDeleteSubhanaAllah ustazah... teruskan menulis... saya suka sangat membacanya :)
ReplyDeleteSemoga bermanafaat untuk kita semua...
Tuan Amin: Benar Tuan. Izzuddin Al-Qassam adalah nama seorang pejuang Palestin yang hebat. Justeru, kerana nama ini saya merasakan Awang bukan datang daripada keluarga yang biasa-biasa. Memandangkan teknik Nabi Muhammad saw tidak mengajar kita menyiasat, saya jarang bertanya perihal dirinya atau keluarganya. Tetapi semalam ketika perhimpunan, saya ingatkan awang tidak datang. Tetapi dia berada dalam barisan. Saya berkata kepadanya, "Ustazah ingakat kamu tidak datang."
ReplyDelete"Mana boleh saya tidak datang sekolah agama ustazah. Saya memang tak pernah tidak datang sekolah agama. Nanti ayah marah."
Daripada jawapan yang diberikan, saya pasti ayah beliau seorang yang kuat dalam pengetahun agamanya. Kerana itulah nama Awang Izzuddin Al-Qassam dinamakan kepada anaknya ini.
Cikpuan CtFarazila: Alhamdulillah, terima kasih Cikpuan. Amin, terima kasih atas doanya.
Terima kasih Ustazah sudi berkongsi kisah hidup Ustazah di alam maya ini..Teruskan usaha murnimu
ReplyDeleteAzli9: Sama-sama tuan. Mohon doanya selalu.
ReplyDeleteblog yg sangat menarik.. teruja saya membacanya...Tahniah Ustazah moga diberi izin Allah untuk terus berkongis di alam maya ini.. alangkah bagusnya kalau segala teknik Nabi ini dibukukan untuk panduan semua parent dlm mendidik zuriatnya..
ReplyDelete