Tuesday, February 14, 2012

Kelas Bising Bertukar Menjadi Bunyi Langau

Hari ini, saya masuk mengajar kelas tahun 5 Omar (kelas yang paling bingit dan nakal). Sewaktu saya mengajar, saya meminta salah seorang pelajar membaca hukum Beriman Dengan Sifat I'lmun (mengetahui) Bagi Allah yang ada tertulis dalam buku teks. 

Pelajar yang pertama cuba membaca, tetapi tidak keluar suara (tidak tahu membaca jawi). Saya hanya diam tidak berkata apa. Selepas pelajar tersebut duduk, saya meminta seorang pelajar yang suka buat bising di dalam kelas membacanya pula. Dia membaca dengan baik. 

Sebaik selesai, saya memujinya, "Ustazah suka cara kamu membaca. Sangat lancar, jelas dan terang. Semua pelajar dapat dengar dan faham apa yang kamu baca."


Pujian saya kepada pelajar ini (Shahrul), telah membuatkan kelas bertukar menjadi bunyi langau.

Dia tersenyum berjalan masuk ke tempat duduknya. Selepas itu, dia saya perhatikan asyik membaca tulisan di dalam buku teks berkaitan tajuk yang sedang diajar dari tempat duduknya. Kelas yang bingit menjadi reda, dan berubah menjadi seperti bunyi 'langau' kerana semua pelajar yang lain turut belajar membaca tulisan di dalam buku teks.


Saya sangat bersyukur.

3 comments:

  1. Bunyi langau yang kedengaran indah.

    ReplyDelete
  2. Puan,

    1. Laporan puan mudah dibaca. Saya juga mudah membayangkan apa yang berlaku dalam kelas puan. Gambaran 'bunyi langau' itu sungguh kreatif!

    2. Saya mahu promosi blog puan dalam FB saya. Jika ada foto pelajar itu, sangat efektif, pembaca FB saya akan tergoda klik URL blog puan.

    3. Saya sangat ingin tahu nama pelajar yang puan puji itu.

    ReplyDelete
  3. Puan Ainon yang dikasihi Allah dan disayangi Nabi,

    1. Terima kasih atas maklum balas Puan. Insya-Allah selepas ini, beginilah formatnya lebih kurang.

    2. Dalam entri seterusnya, saya akan memasukkan gambar-gambar berkaitan. Mohon maaf jika gambarnya kurang kualiti. Handphone murah. hehehe...

    3. Nama pelajar yang dipuji ini, saya kurang pasti. Saya akan maklumkan semula ataupun edit entri ini nanti.

    Puan Khairulaniza...

    Bunyi langau yang indah, adalah bunyi yang bersimfoni yang biasa kedengaran di kelas-kelas tahfiz al-Quran...

    Ustaz Handphone
    mewakili UstazahSitiKhadijah.Blogspot.Com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...